KOTA RAJA 2 April 2007 – Pembangunan insfstruktur di kawasan Parlimen Kota Raja terus mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja. Perkara ini ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Dato Amzah Hj Umar ketika majlis penyerahan surat perlantikan kontraktor untuk kerja-kerja infrastruktur bagi kawasan DUN Sri Muda baru-baru ini.
Dato' Amzah ketika menyerah surat perlantikan kepada salah seorang kontraktor yang terpilih di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja
Dato Amzah meminta kepada kontraktor yang terpilih agar melaksanakan kerja mengikut jadual dan dengan penuh tanggongjawabKatanya, kerajaan Barisan Nasional sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan dan kemudahan rakyat dan ini jelas bilamana pembangunan sentiasa berjalan mengikut perancangan tanpa menunggu musim pilihanraya.
Disamping itu beliau menasihatkan kontraktor yang terpilih agar menjalankan kerja dengan sempurna mengikut jadual kerana sekiranya berlaku kegagalan diperingkat kontraktor sudah tentu rakyat akan menuding jari kepada kerajaan dan Barisan Nasional.
|