Sebagai Ketua Bahagian Dato' Amzah sentiasa memberi sokongan kepada setiap program Pemuda
KOTA RAJA – Sejumlah 58 pasukan dengan penyertaan lebih 600 ahli pemuda telah mengambil bahagian dalam pesta Futsal Pemuda anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja. Penyertaan yang besar ini membayangkan bahawa Pemuda Kota Raja berada pada landasan yang kukuh dalam mengembeling seluruh tenaga pemuda di bahagian Kota Raja.
Bangga dengan kejayaan ini Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Dato’ Amzah Hj Umar berkata Pemuda Kota Raja kini bersedia untuk digerakan dalam apa sahaja aktiviti dan program terutama kearah menjelang pilihanraya umum akan datang.
Katanya, tenaga pemuda amat penting dalam menghadapi pilihanraya dan ini sudah digambarkan oleh pimpinan pemuda melalui kejayaan menganjurkan pertandingan Futsal Pemuda baru-baru ini.
Beliau yang juga ADUN Sri Muda berkata, pimpinan UMNO Bahagian akan sentiasa menyokong setiap aktiviti dan program Pemuda bahagian apatah lagi yang mampu mengembeling tenaga pemuda bagi menguat dan memantapkan lagi parti.
Pertandingan Futsal merebut Piala Ketua Pemuda Bahagian Kota Raja yang diadakan di ISF (Indoor Soccer Federation) Seksyen 15 Shah Alam di menangi oleh Pasukan Pemuda Cawangan Lancung Jaya.
|