BARISAN NASIONAL KOTA RAJA MANTAP
Dato' Amzah memukul gong merasmikan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Kota Raja sambil dibantu oleh Puan Kamala ADUN Sri Andalas (tiga dari kiri) dan Ahli Parlimen Kota Raja YB SA. Vigneswaran


Sebahagian daripada tetamu yang hadir di majlis tersebut


SHAH ALAM 9 Mac 2007 – Perpaduan dan persefahaman di kalangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Raja berada pada tahap yang mantap dan membanggakan dengan kerjasama semua pihak sentiasa terjalin.

Perkara ini ditegaskan oleh Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Kota Raja Dato’ Amzah Hj Umar ketika ditemui di majlis Pelancaran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Kota Raja baru-baru ini. Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Raja YB SA. Vigneswaran turut dihadiri oleh semua pimpinan BN Kota Raja sebagai tanda sokongan dan kerjasama yang wujud selama ini.

Menurut Dato Amzah Hj Umar, kemenangan BN Kota Raja dalam pilihanraya umum lepas adalah hasil persefahaman antara komponen dalam Barisan Nasional dan tidak ada sebab kenapa pada pilihanraya umum akan datang kerjasama tersebut tidak boleh diteruskan.

“Satu kerusi UMNO (Sri Muda) dan dua kerusi MIC (Sri Andalas dan Parlimen Kota Raja) di menangi hasil kerjasama antara UMNO, MIC, MCA dan komponen yang lain. Tidak ada pihak yang boleh mendakwa kemenangan tersebut hasil kerja parti masing-masing melainkan atas persefahaman dan perpaduan dalam Barisan Nasional”.

“Oleh itu kerjasama ini akan diteruskan demi memastikan BN terus mengekalkan kuasanya di Parlimen Kota Raja”

“Selaku Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Kota Raja saya mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak terutama dari Ahli Parlimen Kota Raja YB SA. Vigneswaran yang juga Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan serta ADUN Sri Andalas Puan Kamala Ganapathy” jelasnya yang juga ADUN Sri Muda


Biodata
Program Mesra Rakyat DUN SRI MUDA akan di adakan pada 10 Jun 2006 (Ahad) dari Jam 9.00 pagi - 6.00 petang, bertempat di Padang Masjid An - Naim Jalan Kebun. Berbagai acara sukan dan gerai jualan disediakan. Majlis akan dirasmikan oleh Datuk Bandar Bandaraya Shah Alam. Orang ramai adalah dijemput hadir.
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

10 Jun 07 (AHAD)
PROGRAM MESRA RAKYAT DUN SRI MUDA

Tarikh
10hb. Jun 2007 (Ahad)

Masa
8.00 pagi – 6.00 petang

Tempat
Padang Masjid An – Naim, Jalan Kebun

Perasmian
YBhg. Tuan Haji Mazalan Bin Md Noor, Datuk Bandar Shah Alam

Penutup
YB. Dato’ Amzah Hj Umar, ADUN Sri Muda / Ketua UMNO Bahagian Kota Raja

Antara Acara Menarik

Perasmian Klinik CyberMedik

Pertandingan Tarik Tali

Kejohanan Mountain Bike

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Gerai-gerai Pameran

ATURCARA
8.30 pagi – Ketibaan para jemputan dan orang ramai

9.00 pagi – Ketibaan tetamu kehormat

Ketibaan YB. Dato’ Amzah Hj Umar (ADUN Sri Muda)

Ketibaan YBhg. Tuan Hj Mazalan Md Noor (Datuk Bandar Shah Alam)

Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan Doa

Ucapan Aluan YB. Dato’ Amzah Hj Umar

Ucapan Perasmian YBhg Datuk Bandar

Potong Riben Perasmian Klinik CyberMedik

Pelepasan Pertandingan Tarik Tali

Pelepasan Kejohanan Mountain Bike

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Lawatan ke gerai-gerai pameran

Jamuan

Penutup
5.00 petang – Ketibaan YB Dato’ Amzah Hj Umar (ADUN Sri Muda)

Ucapan Aluan Pengerui Program

Ucapan Perasmian Penutup (YB Dato’ Amzah Hj Umar)

Penyampaian Hadiah

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR

  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER