Dato' Amzah ketika berucap di majlis Pesta Gong Xi Fa Chai anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Zon 7 Kota Kemuning
Sebahagian daripada tetamu yang hadir di majlis tersebut
KOTA KEMUNING 17 Mac 2007 – Menganjurkan pesta perpaduan sempena perayaan kaum di negara ini meskipun diperingkat daerah tidak boleh dianggap sebagai satu pembaziran kerana ianya menjadi medan bagi mengerat dan mempertingkatkan lagi perpaduan sesama kaum di negara ini.
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Dato’ Amzah Hj Umar berkata, pesta perpaduan antara kaum kekal menjadi tempat pertemuan antara kaum dimana semua pihak dijemput dalam satu majlis bagi meraikan perayaan kaum-kaum tertentu.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Pesta Gong Xi Fa Chai Majlis Perwakilan Penduduk Zon 7 Kota Kemuning anjuran MCA Kota Kemuning di Dewan Serbaguna Oncidium Majlis Bandaraya Shah Alam.
Katanya, melalui pesta dan perayaan sebegini kaum-kaum lain juga boleh mengenali budaya dan persekitaran perayaan kaum tersebut dan melalui cara ini akan mempertingkatkan lagi kefahaman mengenai budaya antara kaum.
Menurutnya, hanya dengan mengenali budaya kaum masing-masing kita akan dapat mengekal dan mempertingkatkan kefahaman tentang budaya kaum di negara ini.
Turut hadir di majlis tersebut Ahli Parlimen Kota Raja YB. S. Vigneswaran yang juga Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan
|