Dato' Amzah Hj Umar ketika berucap merasmikan Hari Keluarga Bandar Puteri Klang
Kerjasama yang dipupuk sekian lama mampu memupuk perpaduan antara kaum di negara ini Dato' Amzah menyampaikan hadiah dan cenderamat kepada kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam sukaneka yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bandar Puteri Klang
BANDAR PUTERI KLANG 13 Mac 2007 - Persatuan Penduduk Bandar Puteri Klang diminta memainkan peranan lebih proaktif dalam usaha membantu kerajaan mengekalkan suasana persekitaran hidup yang harmoni antara kaum.
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Dato’ Amzah Hj Umar berkata, hanya dengan perpaduan kaum, rasa saling hormat menghormati sesama agama serta perasaan tolak ansur dalam kehidupan seharian, membolehkan kita menjalani kehidupan seharian dengan aman dan tenteram.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Keluarga Bandar Puteri Klang yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk di situ. Turut hadir En. Rashid Kadir, Pengerusi Persatuan Penduduk serta lebih 300 penduduk di kawasan perumahan tersebut. Berbagai acara sukaneka diadakan demi memupuk perpaduan sesama mereka.
Menurut Dato’ Amzah lagi, pimpinan politik dan kerajaan negeri serta pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa memberi sokongan bagi persatuan penduduk untuk menganjurkan berbagai aktiviti yang melibatkan semua kaum.
“Dengan cara ini kita dapat mengenali antara satu sama lain serta memupuk rasa persaudaraan sesama kita demi menjamin kawasan penempatan yang selamat dan bagi membolehkan pembangunan diteruskan” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Kota Raja.
|