Sebahagian daripada ahli Puteri yang hadir
SHAH ALAM 18 Mac 2007 – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Raja mula ‘turun padang’ dalam usaha menggerakan jentera pilihanraya Parlimen Kota Raja kearah persediaan menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Seksyen 28 Alam Megah, Majlis Rentak Libur Puteri Kesenian dan Warisan telah berjaya menarik perhatian dan penyertaan penduduk setempat dan ahli UMNO Kota Raja.
Majlis sehari yang dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Dato Amzah Hj Umar turut menyediakan kaunter Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi menyemak daftar pemilih serta pendaftaran baru sebagai pengundi.
Menurut Dato Amzah langkah yang diambil oleh Pergerakan Puteri ini telah berjaya menarik penyertaan orang ramai kerana program yang berkonsepkan seni dan hiburan ini mudah mendapat perhatian masyarakat.