Sebahagian daripada penduduk yang hadir di majlis tersebut
Dato' Amzah menerima cenderamata daripada Jawatankuasa Penduduk
SHAH ALAM – Persatuan Penduduk berperanan penting membantu kerajaan dalam usaha melahirkan sebuah penempatan yang selesa dan harmoni untuk didiami. Malah Persatuan Penduduk adalah ‘mata dan telinga’ bagi kerajaan terutama bagi usaha membenteras jenayah dan gejala sosial di kawasan masing-masing.
Menurut Dato’ Amzah Hj Umar, peranan Persatuan Penduduk di Parlimen Kota Raja selama ini banyak membantu kerajaan dan pimpinan parti kerana telah berjaya mewujudkan hubungan dua hala yang baik dan berkesan.
Berucap di Perasmian Mesyuarat Agung kali pertama Persatuan Penduduk Jalan 116-112 Seksyen 25 Shah Alam, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja meminta persatuan penduduk agar lebih proaktif terutama dalam usaha menangani gejala sosial di kawasan masing-masing.
Beliau yang agak bimbang dengan peningkatan masalah sosial di kawasan-kawasan taman perumahan meminta persatuan penduduk menjalin hubungan baik dengan semua agensi penguatkuasa bagi sama-sama membantu membenteras gejala sosial yang wujud di kawasan taman-taman perumahan.
Katanya lagi, beliau berharap agar persatuan penduduk terus bekerjasama dengan pimpinan parti, agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan kearah melahir sebuah penempatan yang selamat dan harmoni untuk di diami.
|