Dato' Amzah mengingatkan persatuan penduduk agar bekerjasama dengan PBT dalam usaha menjaga kebersihan setempat
Dato' Amzah menyerahkan peralatan membersih kepada Persatuan Belia Maju Sri Gambut di majlis tersebut
SHAH ALAM 17 Mac 2007 – Menjaga dan memastikan persekitaran tempat tinggal bersih dan bebas daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk ades bukan tanggongjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) semata-mata sebaliknya penduduk juga memainkan peranan penting dalam perkara ini.
Demikian ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Dato’ Amzah Hj Umar ketika merasmikan Program Gotong Royong Mencegah Denggi di Kampong Sri Gambut Seksyen 32 Shah Alam anjuran bersama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 7.
Katanya, persepsi yang menganggap bahawa soal kebersihan adalah hak dan tugas PBT semata-mata perlu diubah kerana setiap penduduk juga mempunyai hak dan tanggongjawab untuk menjaga kebersihan.
Sambil menyeru semua penduduk agar tampil berganding bahu dengan PBT dalam usaha menjaga kebersihan terutama membersih kawasan yang menjadi tempat membiaknya nyamuk ades agar wabak denggi dapat dicegah.
Beliau yang juga ADUN Sri Muda menganggap usaha Persatuan Belia Maju Seri Gambut yang menganjurkan program gotong royong ini sebagai satu usaha murni untuk mengembling tenaga penduduk bersama PBT dalam usaha membebaskan kawasan perumahan ini dari menjadi tempat pembiakan nyamuk ades.
|