HULU KLANG – 31 Mac 2007 - Kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja turut hadir dalam Kursus Kepimpinan Perdana UMNO Selangor selama dua hari yang diadakan di Institut Budaya Baru Melayu (IBBM) Kemensah Hulu Klang.
Dato' Amzah Hj Umar (dua dari kanan) antara sebahagian daripada pemimpin UMNO Selangor yang hadir
Dato' Amzah menjadi salah seorang yang dijemput berucap pada majlis tersebutKursus yang telah di rasmikan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi anjuran Biro Latihan Badan Perhubungan UMNO Selangor membabitkan penyertaan daripada pemimpin-pemimpin utama UMNO setiap Bahagian di Selangor termasuk dari Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhamad Muhd Taib.
|