"Jangan lepas tangan pendidikan anak-anak", Dato' Amzah Hj Umar
Sebahagian daripada ibu bapa dan pelajar yang hadir
JALAN KEBUN – Ibu bapa tidak boleh mengambil sikap lepas tangan pendidikan anak-anak dengan hanya mengharapkan guru-guru dan pihak sekolah sahaja. Sebaliknya tanggongjawab ibu bapa sama berat dengan guru-guru dan sekolah dalam memastikan pencapaian cemerlang anak-anak dalam akademik.
Dato’ Amzah Hj Umar meminta ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menjadi ‘rakan kongsi pintar’ pihak sekolah dengan sentiasa mengambil tahu perkembangan sekolah dan tidak hanya datang setahun sekali apabila diadakan mesyuarat PIBG.
“Itupun masih ramai ibu bapa yang enggan hadir mesyuarat PIBG kerana menganggap semuanya itu tanggongjawab pihak sekolah”
“Sikap ini perlu diubah jika kita ingin melihat peningkatan pencapaian anak-anak kita disamping mahu melihat sekolah kita mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan” tegasnya
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun.
|