ADUAN PENDUDUK KOTA KEMUNING DI BERI PERHATIAN
Pendekatan berbincang dan berunding sebegini telah banyak menyelesaikan masalah yang timbul dalam Parlimen Kota Raja. Inilah pendekatan yang diambil oleh Dato' Amzah selama ini


Sebahagian daripada jawatankuasa Penduduk Kota Kemuning ketika bertemu di pejabat UMNO Bahagian Kota Raja dalam mencari penyelesaian masalah yang dihadapi mereka



KOTA RAJA – Kegelisahan penduduk Kota Kemuning berhubung kebanjiran lori pasir yang menjadikan Jalan Kota Kemuning sebagai laluan utama mengangkut pasir dari Kuala Langat akan selesai tidak lama lagi apabila penaiktaraf Jalan Kebun selesai.

Demikian ditegaskan oleh ADUN Sri Muda Dato’ Amzah Hj Umar setelah menerima kunjungan Persatuan Penduduk Kota Kemuning yang melahirkan rasa kurang senang dengan isu kebanjiran lori-lori pasir di sekitar Jalan Kota Kemuning sejak kebelakangan ini.

Menurut Dato Amzah, beliau faham dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitar Kota Kemuning kerana keadaan tersebut menimbulkan berbagai masalah seperti kerap berlaku kemalangan, debu yang dibawa oleh lori-lori tersebut serta mengganggu lalu lintas utama di kawasan tersebut.

Katanya, di majlis dialog yang dihadiri oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Persatuan Penduduk Kota Kemuning, masalah ini akan dapat diatasi sepenuhnya bilamana kerja-kerja menaiktaraf Jalan Kebun siapa sepenuhnya tidak berapa lama lagi.

“Saya harap penduduk faham situasi yang ada dan pihak yang terlibat seperti Jabatan Kerja Raya, MBSA dan kontraktor utama mengambil kira masalah yang dihadapi penduduk.”

“Bila kerja menaiktaraf Jalan Kebun siap sepenuhnya masalah tersebut akan dapat diatasi sepenuhnya” tegasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja


Biodata
Program Mesra Rakyat DUN SRI MUDA akan di adakan pada 10 Jun 2006 (Ahad) dari Jam 9.00 pagi - 6.00 petang, bertempat di Padang Masjid An - Naim Jalan Kebun. Berbagai acara sukan dan gerai jualan disediakan. Majlis akan dirasmikan oleh Datuk Bandar Bandaraya Shah Alam. Orang ramai adalah dijemput hadir.
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

10 Jun 07 (AHAD)
PROGRAM MESRA RAKYAT DUN SRI MUDA

Tarikh
10hb. Jun 2007 (Ahad)

Masa
8.00 pagi – 6.00 petang

Tempat
Padang Masjid An – Naim, Jalan Kebun

Perasmian
YBhg. Tuan Haji Mazalan Bin Md Noor, Datuk Bandar Shah Alam

Penutup
YB. Dato’ Amzah Hj Umar, ADUN Sri Muda / Ketua UMNO Bahagian Kota Raja

Antara Acara Menarik

Perasmian Klinik CyberMedik

Pertandingan Tarik Tali

Kejohanan Mountain Bike

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Gerai-gerai Pameran

ATURCARA
8.30 pagi – Ketibaan para jemputan dan orang ramai

9.00 pagi – Ketibaan tetamu kehormat

Ketibaan YB. Dato’ Amzah Hj Umar (ADUN Sri Muda)

Ketibaan YBhg. Tuan Hj Mazalan Md Noor (Datuk Bandar Shah Alam)

Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan Doa

Ucapan Aluan YB. Dato’ Amzah Hj Umar

Ucapan Perasmian YBhg Datuk Bandar

Potong Riben Perasmian Klinik CyberMedik

Pelepasan Pertandingan Tarik Tali

Pelepasan Kejohanan Mountain Bike

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Lawatan ke gerai-gerai pameran

Jamuan

Penutup
5.00 petang – Ketibaan YB Dato’ Amzah Hj Umar (ADUN Sri Muda)

Ucapan Aluan Pengerui Program

Ucapan Perasmian Penutup (YB Dato’ Amzah Hj Umar)

Penyampaian Hadiah

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR

  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER