JALAN KEBUN, 11 Februari 2007 – Peranan syarikat swasta dalam membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik tanpa mengira bangsa memperlihatkan bahawa masyarakat Malaysia mampu hidup dalam suasana harmoni dan saling bantu membantu.
Menurut ADUN Sri Muda Dato Amzah Hj Umar, sikap prihatin syarikat swasta yang mengambil kira tanggongjawab sosial juga sebagai satu peranan bersama mampu melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang mampu sempena sambutan Tahun baru anjuran Syarikat Badarcaya Group di Dewan MBSA Jalan Kebun. Majlis tersebut diadakan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 7.
Beliau yang juga ADUN Sri Muda berharap apa yang dilakukan oleh syarikat Badarcaya Group ini mampu dicontohi oleh syarikat-syarikat lain dalam melaksanakan tanggongjawab sosial kepada masyarakat yang memerlukannya.
Di majlis tersebut syarikat menyumbangkan bantuan berupa barangan keperluan dan hamper kepada golongan kurang mampu. Menyerahkan cek bantuan mangsa banjir kepada mereka yang terlibat dengan banjir sekitar Sri Muda serta hadiah kepada pelajar cemerlang bagi sekolah-sekolah sekitar Sri Muda.
|