JALAN KEBUN – UMNO Bahagian Kota Raja berbangga dengan pencapaian Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah di bidang sukan kerana mampu dalam masa yang sama mempunyai semua pasukan beruniform di sekolah tersebut.
Demikian ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Dato Amzah Hj Umar ketika berucap merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan sekolah tersebut.
Menurut Dato Amzah, SMK Jalan Kebun mampu dijadikan contoh pencapaian sesebuah sekolah kerana berjaya mengimbangi pencapaian di bidang akademik dan ko-korikulum terutama pasukan beruniform.
Katanya, beliau turut berbangga dengan kegigihan guru-guru dan pentadbir sekolah tersebut kerana usaha yang berterusan bagi kejayaan dan kegemilangan sekolah tersebut.
“Bukan mudah bagi sesebuah sekolah untuk mempunyai hampir semua pasukan beruniform untuk dianggotai oleh pelajar dengan tidak mengabaikan pencapaian di bidang akademik”
“Bagi saya, SMK Jalan Kebun adalah sebuah sekolah contoh dimana setiap pelajar mampu menimba ilmu dan kemudian diasuh dalam pasukan beruniform yang sudah tentu mampu menanam sikap jati diri dan displin yang tinggi kepada pelajarnya” katanya yang juga ADUN Sri Muda
Di majlis tersebut Dato Amzah turut menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang dan juga pasukan beruniform yang mengambil bahagian dalam perbarisan pada hari tersebut.
|