SHAH ALAM, 20 Jan 2007 – Dato’ Amzah Hj Umar bersama Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Hj Ramlan Othman dan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan kunjung hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor.
Kunjung hormat ini bagi membolehkan perbincangan berbagai isu semasa melibatkan Polis Selangor dan MBSA.
Menurut Dato Amzah antara perkara yang dibincang dan diputuskan bersama ialah mempertingkatkan peranan Rakan Cop yang dilihat mampu mengurangkan kadar jenayah di kawasan pentadbiran MBSA.
|