KOTA RAJA – Setiap Jumaat bagi setiap minggu sudah menjadi ‘rutin’ wajib Dato Amzah Hj Umar di pejabat Wakil Rakyat Sri Muda yang berkongsi di bangunan UMNO Kota Raja, Bukit Kemuning. Hari yang di panggil ‘Kliinik Wakil Rakyat’ bertujuan untuk memberi peluang pengundi bertemu dengan wakil rakyat.
Kali ini sekumpulan penduduk yang menghadapi masalah rumah terbengkalai di Bukit Rimau mengadakan pertemuan dengan Dato Amzah. Majlis yang turut dihadiri oleh pemaju, persatuan penduduk dan Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) khusus bagi melihat proses mempercepatkan Sijil Layak Duduk (CF) yang hingga kini gagal diperolehi.
Menurut Dato Amzah, pihak pemaju sudah bersetuju untuk bertindak segera dan mendapat kerjasama MBSA dalam menangani masalah tersebut.
|