BUKIT KEMUNING – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Pejabat Wakil Rakyat DUN Sri Muda telah menyampaikan bantuan kepada 57 mangsa banjir dari Taman Bukit Kemuning baru-baru ini.
Bantuan sebanyak RM 200. seorang adalah bagi meringankan beban yang ditanggung kesan daripada banjir yang melanda Taman Bukit Kemuning baru-baru ini.
ADUN Sri Muda, Dato Amzah Hj Umar berkata, bantuan ini lahir dari rasa prihatin LZS terhadap mangsa banjir disamping membuktikan bahawa kerajaan negeri sentiasa mengambil berat masalah dan kesusahan yang menimpa rakyat.
Katanya, Sekretariat DUN Sri Muda merakamkan jutaan terima kasih kepada LZS dan berharap pendekatan sebegini akan berterusan dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
|