KOTA RAJA – Persatuan Peniaga Pasar Sri Muda meminta Jabatan Perlesenan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) segera mengeluarkan lesen perniagaan kepada peniaga-peniaga di Pasar Sri Muda yang hingga kini berniaga tanpa lesen.
Melalui satu perbincangan yang diadakan baru-baru ini, pihak Jabatan Perlesenan MBSA bersetuju untuk memberi lesen kepada peniaga yang berkaitan dengan pasar sahaja dan menolak untuk melesenkan jenis perniagaan yang tidak kena mengena dengan pasar di Pasar Sri Muda.
Perkara ini dicapai setelah Pejabat Wakil Rakyat Sri Muda mengadakan pertemuan dengan Persatuan Peniaga Pasar Sri Muda dan Jabatan Perlesenan MBSA.
Menurut Dato Amzah, perkara ini jelas kerana terdapat juga peniaga yang berniaga di pasar tersebut datangnya dari jenis perniagaan yang tidak berkaitan dengan perniagaan pasar. Katanya, peniaga seperti kedai alat komunikasi dan barangan lain tidak dilesenkan
|