SRI ANDALAS – Bertempat di kediaman rasmi Ketua Bahagian Dato Amzah Hj Umar, jawatankuasa Wanita Bahagian Kota Raja yang diketuai oleh Puan Nahar Ahmad telah mengadakan pertemuan khusus bagi membincang perancangan dan persiapan menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Menurut Dato Amzah, meskipun pilihanraya umum masih jauh dan belum ditetapkan tarikhnya lagi, UMNO Kota Raja mengambil pendekatan mengadakan persiapan awal bagi memastikan Parlimen Kota Raja dan dua kerusi DUN iaitu Sri Muda dan Andalas terus kekal ditangan Barisan Nasional.
Katanya, pertemuan ‘ala’ keluarga ini sudah menjadi amalan beliau sejak menerajui Kota Raja kerana melalui cara ini ikatan kekeluargaan dan semangat ukuwah lebih terserlah disamping membincangkan persiapan dan masalah parti.
Menurutnya, beliau yakin pergerakan Wanita yang dipimpin oleh Puan Nahar mampu menggerakan jentera pilihanraya wanita bagi persiapan menghadapi pilihanraya umum akan datang.
“Pergerakan Wanita menjadi penggerak utama dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum memandangkan Sistem K10 dulu disebut ‘Rumah 10’ diterajui oleh pergerakan wanita”
“Cuma perbincangan sebegini bagi mencari fomula terbaik untuk dibuat penyelarasan dengan peringkat UMNO Bahagian, Pemuda, Puteri serta ‘ko-ordinasi’ dengan jentera Barisan Nasional dari MIC dan rakan komponen yang lain” jelasnya yang juga ADUN Sri Muda
|