KOTA RAJA, 28 Jan 2007 – UMNO Bahagian Kota Raja sentiasa mempertingkatkan kerjasama dan hubungan baik dengan rakan-rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN) demi memastikan kerusi Parlimen Kota Raja dan dua kerusi DUN (Sri Muda dan Sri Andalas) terus kekal di tangan BN, terutama menjelang pilihanraya umum akan datang.
Demikian ditegaskan oleh Pengerusi BN Parlimen Kota Raja, Dato’ Amzah Hu Umar ketika ditemui di majlis dialog sempena Majlis Gotong Royong di Seksyen 28 Shah Alam semalam.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja menjelaskan bahawa UMNO sentiasa menjalin hubungan baik dengan parti-perti komponen BN di Kota Raja terutama MIC yang menjadi komponen utama di Kota Raja
“Hubungan UMNO dengan MIC terutama Ahli Parlimen Kota Raja YB S. Vigneswaran dan ADUN Sri Andalas YB Puan Kamala sentiasa baik dan sering mengadakan kerjasama dan aktiviti bersama”
“Tidak timbul sebarang masalah antara UMNO dan MIC Kota Raja selama ini dan MIC juga memberi kerjasama yang baik kepada UMNO” katanya
Menurutnya, jika ada sebarang rasa ketidapuasan hati kedua-dua pihak, masalah itu kerap ditimbulkan dalam mesyuarat Barisan Nasional dan majlis-majlis dialog.
Katanya, sebarang pandangan dan rungutan perlu ditangani dan dibincangkan bagi mencari penyelesaian dan ini dianggap sebagai perbincangan tertutup dan secara kekeluargaan.
“Kita mesti berbincang apa sahaja masalah yang timbul dan kemudian berusaha menyelesaikannya”
“Tidak boleh dianggap perbincangan kepada masalah tersebut sebagai tidak menyukai mana-mana pihak. Sebaliknya penyelesaian yang diambil adalah keputusan kepada kaedah menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit” katanya yang juga ADUN Sri Muda
|