Sebahagian daripada penduduk sekitar Klang yang hadir di program Inventori Masalah Rakyat (IMR) bersama Menteri Besar dan Exco Daerah Klang
Dato' Amzah Umar, ADUN Sri Muda yang menjadi tuan rumah IMR Daerah Klang turut membantu menyelesaikan masalah penduduk yang berkaitan Perbincangan bersemuka begini yang diperkenalkan IMR berjaya mengurangkan kerenah birokrasi di Selangor YAB Menteri Besar sendiri 'turun padang' menemui rakyat dalam menyelesaikan sebarang masalah rakyat melalui pendekatan IMR KLANG, Rabu 24 Jan.-- Penubuhan Hab Halal Antarabangsa Malaysia (MIHH) di Johan Setia dekat sini, tidak akan menjadi saingan kepada Hab Halal Selangor (SHH), kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Katanya, Selangor memerlukan lebih banyak ruang untuk kawasan pembangunan hab halal kerana SHH saiznya kecil iaitu 160 hektar sahaja manakala hab antarabangsa ini pula seluas kira-kira 800 hektar.
Dr Mohamad Khir memberitahu, kerajaan negeri sudah bersetuju dengan cadangan MIHH yang akan dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Johan Setia.
”Kerajaan negeri akan membeli tanah seluas 800 hektar (2,000 ekar) di Johan Setia, melibatkan peruntukan kira-kira RM160 juta,” katanya pada siding media selepas mempengerusi mesyuarat Exco di Pejabat Daerah Klang, hari ini.
Menurutnya, MIHH akan mengumpul barangan daripada hab halal di seluruh negara untuk dieksport
"Kedua-duanya penting kepada kita. Nanti kita akan selaraskan aktiviti pusat halal ini. Lagipun, kerajaan Pusat juga telah memberi "lampu hijau" agar MIHH diletakkan di Selangor," katanya. Sebelum itu Menteri Besar bersama barisan Exco berada di Dewan Sukan Klang, Taman Sri Andalas dalam Program Inventori Masalah Rakyat (IMR) Daerah Klang
|