Dato' Amzah mengadakan pertemuan dengan Jentera Pilihanraya MIC DUN Sri Muda. Turut hadir pegawai dan jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja
Sebahagian daripada Ketua-Ketua Cawangan MIC Kota Raja yang hadir, khususnya dari DUN Sri Muda Dato' Amzah dikalungkan bunga malai dan diapit oleh (kiri) ADUN Sri Andalas YB Puan Kamala a/p Ganapathy dan Timbalan Ketua Bahagian MIC Kota Raja R.S Maniam Hubungan mesra dua pemimpin dalam menyelesai dan menangani permasalahan yang wujud di kedua-dua DUN menambahkuat lagi Parlimen Kota Raja. Dato' Amzah dan Puan Kamala meneliti kandungan surat yang diserahkan oleh beberapa orang Ketua Cawangan MIC dalam majlis tersebut Beginilah Dato Amzah kalau bertemu dengan rakan komponen MIC. Kesediaan beliau untuk mendengar dan berbincang berbagai isu dan masalah membayangkan kesediaan beliau untuk memberi perkhidmatan yang terbaik di Sri Muda dan Kota Raja khususnya
KOTA RAJA 25 Februari 2007 – Barisan Nasional Parlimen Kota Raja kini membuat persediaan awal bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan rakan-rakan komponen.
Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Kota Raja, Dato’ Amzah Hj Umar berkata sebagai langkah awal jentera pilihanraya UMNO Bahagian Kota Raja telah mula digerakan dengan memberi tumpuan kepada mengenalpasti senarai pengundi serta kedudukan terkini daftar pemilih.
Katanya, dimasa yang sama rakan-rakan komponen juga diarahkan untuk membentuk dan menyelaras jentera parti masing-masing tanpa menunggu saat-saat akhir menjelang pilihanraya umum.
Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan Jentera Pilihanraya MIC bagi DUN Sri Muda di Shah Alam baru-baru ini.
Di majlis tersebut seramai enam belas Ketua Cawangan MIC DUN Sri Muda hadir dan mengadakan dialog dengan Dato Amzah khususnya mengenalpasti beberapa masalah yang berkaitan dengan masyarakat India di DUN Sri Muda.
Turut hadir di majlis tersebut ADUN Sri Andalas YB Kamala a/p Ganapathy bersama kepimpinan MIC Kota Raja.
Dato Amzah yang juga ADUN Sri Muda mengingatkan seluruh jentera MIC agar bekerja keras menangani masalah rakyat kerana pilihanraya umum akan datang bukanlah satu laluan mudah memandangkan beberapa isu nasional dan setempat yang kini masih belum selesai sepenuhnya.
Namun, beliau yakin dan percaya bahawa MIC mampu menangani permasalahan yang timbul dalam masyarakat India dengan kepimpinan MIC Sri Muda yang disenangi oleh semua rakan komponen.
“Saya lebih percaya kepada bekerja sebagai satu pasukan dan setakat ini UMNO menerima kerjasama yang terbaik dari MIC begitu juga parti komponen yang lain.
“Kita mesti mengekal dan mempertingkatkan semangat Barisan Nasional dan mengamalkan sikap bertolak ansur dalam usaha mengekalkan Parlimen Kota Raja dan dua DUN dibawah Barisan Nasional” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja
|