JALAN KEBUN – Banjir yang melanda negeri Johor terus mendapat simpati dari berbagai lapisan masyarakat dan persatuan dari luar negeri Johor.
Bertempat di Dewan MBSA Jalan Kebun, Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Shah Alam telah menyerah bantuan berupa barangan keperluan yang dikumpul oleh ahli-ahli persatuan dengan kerjasama berbagai syarikat untuk diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi diserah kepada mangsa banjir di Johor.
Ketika berucap di majlis tersebut, Dato Amzah Hj Umar merakamkan jutaan terima kasih atas sikap prihatin Persatuan Bekas Polis cawangan Shah Alam yang bertindak mengumpul pelbagai barangan keperluan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di Johor.
Katanya, penderitaan yang dialami oleh mangsa banjir di Johor mengundang rasa simpati kita semua termasuk ahli-ahli Persatuan Bekas Polis Cawangan Shah Alam.
“Inilah bukti rasa persaudaraan kita sesama rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama dan semangat ini perlu dipupuk dan dipertahankan bagi memastikan negara ini terus kekal aman dan harmoni untuk kita semua bernaung” tegasnya yang juga ADUN Sri Muda
|