SHAH ALAM, Sabtu 14 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Dato’ Amzah Hj Umar akan berbincang dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Ismail Omar bagi kemungkinan melancarkan program Rakan Cop di peringkat Parlimen Kota Raja tidak lama lagi.
Dato' Amzah ketika majlis pelancaran Rakan Cop Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam baru-baru ini
Dato' Amzah turut melihat pameran di gerai yang disediakan Pihak Polis melalui unit Anjing Pengesan melakukan demontrasi mengesan dadah sempena pelancaran Rakan Cop IPPD Shah Alam Beliau berkata program RakanCop ternyata berjaya mengurangkan kadar jenayah dengan penglibatan orang ramai membantu pihak polis.
Dato Amzah yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan program Rakan Cop peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini semalam.
|