YB. Dato' Amzah Umar, YB Datuk Paduka Seripah Noli (tengah) dan pengarah Muzium Sultan Alam Shah, bersama menekan butang tanda perasmian pameran tersebut
Sebahagian daripada tetamu yang hadir dan kelihatan Dato Mohd Ani Taib (dua dari kanan), satu nama besar yang telah berjaya membawa pasukan Selangor menjulang kejayaan demi kejayaan di zaman kegemilangan bolasepak Selangor satu ketika dahulu Anak Allahyarham Mokhtar Dahari menerima cenderamata dari Dato' Amzah Umar sebagai tanda mengenang jasa dan pengorbanan Mokhtar Dahari dalam sejarah bolasepak Selangor Datuk Paduka Hajjah Seripah Noli menurunkan tandatangan pada poster besar yang disediakan sebagai tanda perasmian Sejarah Bolasepak Selangor Dato' Amzah Umar peminat dan penyokong nombor satu bolasepak Selangor bersama Dato' Mohd Ani Taib, mungkin cuba menyingkap memori silam tentang sejarah kegemilangan bolasepak Selangor Tentu ada memori indah yang ingin dikongsi oleh anak Allahyarham Mokhtar Dahari sehingga Datuk Paduka Hajjah Seripah Noli begitu teliti mendengarnya. SELANGOR adalah antara negeri terawal yang mempopularkan sukan bolasepak di negara ini. Malah sukan bolasepak telah menjulang nama Selangor bukan sahaja dalam negara malah di peringkat luar serta berjaya melahirkan ramai lagenda bolasepak negara.
Nama-nama lagenda bolasepak negara seperti Ghani Minhat, Mokhtar Dahari dan R. Arumugum (sekadar menyebut beberapa nama) merupakan anak kelahiran Selangor yang telah berjaya mengharumkan nama Selangor dalam arena bolasepak tanahair. Bukan itu sahaja, malah Selangor juga berjaya melahirkan pemimpin sukan bolasepak yang telah banyak berjasa pada negeri Selangor dan Malaysia.
Atas dasar tersebut dan ingin melihat generasi muda terus mengenali dan menghayati sejarah kegemilangan bolasepak Selangor, Muzium Sultan Alam Shah mengadakan pameran kegemilangan dan permulaan sukan berprestij ini selama sebulan bermula dari 24 November 2006.
Bertempat di Muzium Sultan Alam Shah, majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Selangor, YB Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin.
Menurut Pengerusi Muzium Selangor, YB Dato’ Amzah Hj Umar, pameran ini bertujuan memberi pendedahan kepada generasi hari ini dan orang ramai untuk mengenali sejarah sukan bolasepak Selangor.
Katanya, satu ketika bolasepak di Selangor bukan sekadar sukan dan pertandingan untuk mencari juara di padang tetapi telah berjaya menjadi medan penyatuan kaum di Selangor malah ianya kekal hingga ke hari ini.
“Bukan mudah untuk membawa rakyat berbagai kaum, agama dan bangsa untuk berada di dalam stadium, memakai baju dan lilitan kepala berlambangkan bendera Selangor, satu hati memberi sokongan padu kepada pasukan negeri”
“Bolasepak mampu melakukannya” katanya ketika ditemui di majlis perasmian tersebut.
Oleh itu, diharap juga melalui pameran ini akan memberi semangat baru kepada pasukan bolasepak Selangor untuk bangkit dalam pertandingan liga tempatan yang akan berlangsung tidak lama lagi.
|
Bila muzium muka beroperasi sebagai peringatan lagenda bolasepak itu