PASTIKAN AHLI CAWANGAN DAFTAR SEBAGAI PEMILIH - DATO' AMZAH
KOTA RAJA – Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Dato’ Amzah Hj Umar meminta pemimpin-pemimpin peringkat cawangan agar memastikan setiap ahli cawangan yang mencapai usia 21 tahun berdaftar sebagai pengundi.

Dato' Amzah Hj Umar Ketua UMNO Bahagian Kota Raja ketika berucap di majlis tersebut


Sebahagian daripada ahli UMNO dari 76 cawangan dalam Bahagian Kota Raja yang hadir dalam majlis tersebut

Dato Amzah berkata apa yang pernah diingatkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan YAB Dato Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tentang terdapatnya 108, 246 ahli UMNO di Selangor yang belum berdaftar sebagai pengundi.

‘Dari jumlah besar tersebut sudah tentu sebahagian jumlahnya terdapat dalam bahagian Kota Raja.

‘Oleh itu saya mahu semua pimpinan cawangan termasuk Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri memberi tumpuan kepada kempen ini memandangkan kita sudah mempunyai pengundi tetap Barisan Nasional berdasarkan mereka ahli UMNO” katanya ketika berucap di Majlis Taklimat dan Perasmian serentak Persidangan Cawangan 2007 dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Parlimen Kota Raja.



Baca Seterusnya!
PILIHANRAYA KECIL IJOK - KOTA RAJA TURUN PADANG
Dato' Amzah bersama petugas UMNO Bahagian Kota Raja di hari pembuangan undi


Bersama YB. Dato' Abdul Rahman Palil, Ketua UMNO Bahagian Kapar (dua dari kanan) berganding bahu menyelaras kawasan Peti Undi Kampung Ijok

Sebagai rakan komponen Barisan Nasional, MCA juga turut terlibat bagi memastikan kemenangan calon BN dalam pilihanraya kecil Ijok

Meskipun sibuk dengan tanggongjawab yang diserah oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor kepada UMNO Kota Raja untuk menyelaras Peti Undi Kampung Ijok, Dato' Amzah juga menjadi tempat rujukan Kongress India Muslim (KIMMA) yang turut terlibat membantu kemenangan calon BN di Ijok. (Keterangan Gambar) Dato' Amzah mengadakan perbincangan dengan anggota KIMMA di Ijok

Berbagai program diatur di kawasan peti undi Kampung Ijok dalam usaha berterusan untuk memastikan kemenangan calon BN. Gambar diatas; kehadiran isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjadi penyuntik kepada kepada kesungguhan BN untuk memastikan kerusi Ijok terus kekal di tangan Barisan Nasional

Sepanjang berkampong di Ijok Dato' Amzah bersama jentera dari UMNO Kota Raja sentiasa mendekati rakyat bagi menerangkan dasar dan kenapa BN perlu terus kekal di Ijok

Mendekati rakyat di Ijok untuk memastikan mereka jelas dan faham tentang dasar kerajaan dan Barisan Nasional tidak hanya terhad di majlis rasmi yang dianjurkan, mengunjungi rumah ke rumah pengundi tanpa mengira masa juga menjadi amalan berterusan Barisan Nasional. Gambar diatas; Dato' Amzah bersantai sambil menjelaskan dasar dan perjuangan BN kepada penghuni salah sebuah rumah di Ijok

Bermesyuarat, berbincang dan bekerjasama dengan kepimpinan UMNO setempat menjadi amalan UMNO Kota Raja dalam usaha menjalin kerjasama satu pasukan untuk kemenangan Barisan Nasional. Gambar diatas; Dato' Amzah mengadakan perbincangan bersama dengan jawatankuasa UMNO Cawangan Kampong Ijok


Ini cara Dato' Amzah bekerja. Bagi memastikan maklumat yang diterima adalah tepat dan berwibawa, beliau sentiasa berhubung dengan semua pihak. Gambar yang sempat dirakam ketika Dato' Amzah menerima maklumat dari 'seseorang' di Ijok

Ketika di temubual oleh pemberita dari RTM

Bersama YAB Dato' Seri Menteri Besar Selangor sepanjang berkampung di Ijok

Berbincang dan berbual dengan rakan disamping mengatur stategi merupakan sebahagian gambar yang sempat dirakamkan semasa di Ijok

PEKAN IJOK 28 April 2007 - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok dengan majoriti 1,850 undi apabila calonnya, K. Parthiban menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada pilihan raya kecil itu hari ini.

Parthiban, 39, bekas guru dan Setiausaha MIC Tanjung Karang, Selangor memperoleh 5,884 undi, manakala Abdul Khalid, 61, tokoh korporat dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperoleh 4,034 undi.

BN juga berjaya meningkatkan majoriti undi pada kali ini berbanding majoriti 1,649 undi pada pilihan raya umum 2004.

Sebanyak 10,052 orang atau kira-kira 81.88 peratus daripada 12,272 pemilih telah mengundi mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang ini di sembilan pusat pengundian yang menyediakan 28 saluran pengundian.

Pilihan raya kecil Ijok juga menyaksikan UMNO Bahagian Kota Raja bersama 200 angota berkampong selama dua minggu di Kampong Ijok sebagai penyelaras di kawasan tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Dato' Amzah Hj Umar berkata, meskipun peti undi Kampong Ijok BN kalah tetapi kita dapat mengurangkan majoriti pembangkang di kawasan tersebut.


Baca Seterusnya!
KOTA RAJA BERKAMPUNG DI MACHAP PASTIKAN KEMENANGAN BN
Semasa pilihanraya kecil Machap Dato' Amzah Umar, YB. Amran Kasimin Ketua Bahagian Serdang dan YB Dato' Satim Diman Ketua Bahagian Puchong dilantik secara bersama sebagai penyelaras bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. Gambar diatas, Dato' Amzah dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja bersama Ahli Parlimen Masjid Tanah YB Datuk Wira Abu Seman Yusop


Kehadiran yang dapat dilihat. Dato' Amzah dan jawatankuasanya bersama Dato' Osman Desa, Setiausaha Politik Perdana Menteri semasa di Machap

Bersama jawatankuasa Wanita UMNO Selangor yang turut sama bertugas bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional di Machap. Ternyata usaha mereka 'berbaloi' dengan turut menyumbang kepada kemenangan calon Barisan Nasional

Sesuatu sedang diperkatakan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Muhd Mohd Taib dalam satu pertemuan dengan jentera UMNO Selangor semasa di Machap


Baca Seterusnya!
BERTAHLIL HANYA DI TEPI JALAN
KOTA KEMUNING 13 Mei 2007 – Akibat daripada bantahan sebahagian penghuni kawasan perumahan berdekatan yang menghalang tanah perkuburan Islam Kota Kemuning di Seksyen 31 Shah Alam dari terus dijadikan tanah perkuburan, sebahagian daripada waris di mati terpaksa mengadakan majlis tahlil di ditepi jalan di luar kawasan perkuburan.


Masalah bantahan yang sudah berlarutan hampir lima (5) tahun dan kini kes tersebut dalam tindakan mahkamah, menyebabkan kawasan tanah perkuburan tersebut dipagar dan tidak dibenarkan sesiapa memasukinya termasuk waris kepada simati.

Dato’ Amzah Hj Umar Ketua UMNO Bahagian Kota Raja yang ditemui selepas majlis tahlil tersebut menjelaskan berbagai usaha sedang dijalankan dalam mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

Malah katanya lawatan Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mazalan Md Noor beberapa hari sebelum ini juga sebagai sebahagian daripada usaha MBSA untuk mencari pendekatan terbaik.
div>

Baca Seterusnya!
PIBG SK BUKIT RIMAU ANJUR PROGRAM KUMPUL DANA




Baca Seterusnya!
BERI KERJASAMA KEPADA PERSATUAN PENDUDUK - DATO' AMZAH
SRI ANDALAS 12 Mei 2007 – Setiap penghuni di kawasan perumahan diminta memberi kerjasama dengan menganggotai persatuan penduduk serta terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh persatuan di kawasan perumahan masing-masing.


Dato' Amzah ketika berucap merasmikan majlis gotong royong penghuni Kondominium Golden Villa

Sebahagian daripada penduduk kondominium yang hadir

Kerjasama penduduk sebegini akan membantu persatuan penduduk untuk sama-sama menjaga kebersihan dan keharmonian kawasan kediaman

Dato’ Amzah Hj Umar ADUN Sri Muda, tanpa penglibatan penghuni sudah tentu persatuan penduduk tidak dapat berfungsi dengan baik dan keadaan ini selalu wujud bilamana ada masalah berkaitan dengan kawasan perumahan terbabit.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program gotong royong kondominium Golden Villa di sini.

Menurutnya Persatuan Penduduk adalah wakil penduduk bagi satu-satu kawasan perumahan dan peranan ini memang diakui oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutama dalam mewakili penduduk untuk berurusan dengan PBT.

‘Oleh itu saya berharap setiap penghuni di Kondominium Golden Villa ini samada penghuni tetap atau penyewa menganggotai persatuan penduduk dan turut terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan’ tegasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja


Baca Seterusnya!
PUSAT PENJAJA TERBENGKALAI PERLU SENTUHAN DATUK BANDAR - DATO' AMZAH
KOTA KEMUNING – Masalah pusat penjaja yang sudah lebih tiga (3) tahun terbengkali dan tidak dapat digunakan memerlukan sentuhan Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mazalan Md Noor, kata Dato Amzah Hj Umar ADUN Sri Muda
Dato' Amzah ketika mengiringi Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mazalan Md Noor meninjau kedudukan pusat penjaja yang sudah lebih tiga (3) tahun terbengkalai



Beginilah keadaan pusat penjaja yang terbengkalai itu

Menurut Dato’ Amzah masalah pemaju gagal menyiapkan pusat penjaja tersebut untuk diserahkan kepada MBSA adalah antara punca utama kenapa pembinaan tersebut terbengkalai.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja melahirkan rasa gembira dengan lawatan Datuk Bandar untuk melihat dan meninjau sendiri kawasan pusat penjaja tersebut.

Menurutnya beliau percaya selepas lawatan tersebut akan ada tindakan susulan daripada MBSA untuk menyelesaikannya.




Baca Seterusnya!
KOTA RAJA - DATUK BANDAR TURUN PADANG
KOTA RAJA – Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mazalan Md Noor ‘turun padang’ meninjau dan melihat sendiri beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitar Kota Kemuning.

Dato' Amzah memberi penerangan kepada Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mazalan Md Noor dan pegawai MBSA ketika rombongan Datuk Bandar meninjau masalah lori pasir yang melalui Jalan Kota Kemuning sehingga menimbulkan banyak masalah kepada penduduk


Lori pasir yang kerap melalui Jalan Kota Kemuning sehingga merosakan keadaan jalan serta mengganggu lalu lintas di kawasan tersebut




Baca Seterusnya!
ISU TANAH PERKUBURAN ISLAM KOTA KEMUNING - DATUK BANDAR TURUN PADANG
KOTA KEMUNING – Isu tanah perkuburan Islam Kota Kemuning di Seksyen 31 Shah Alam yang tertangguh (tidak dapat digunakan untuk pengkebumian jenazah) akibat tindakan mahkamah oleh sebahagian penghuni yang membantah pembinaan tanah perkuburan tersebut mendapat perhatian dari Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Dato’ Mazalan Md Noor.





Masalah yang sudah lebih lima (5) tahun tertangguh dan kini sudah menjadi kes mahkamah

Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mazalan Md Noor meninjau sendiri masalah yang jika tidak ditangani dengan bijak boleh menimbulkan masalah yang lebih serius

Beliau bersama ADUN Sri Muda dan jawatankuasa pembangunan tanah perkuburan tersebut telah mengadakan lawatan baru-baru ini bagi meninjau dengan lebih dekat dan mendengar sendiri permasalahan yang wujud dan mencari jalan penyelesaiannya.

Ketika ditemui bersama lawatan tersebut, Dato Amzah Umar berkata, Datuk Bandar berjanji akan melihat perkara ini terutama yang membabitkan tindakan undang-undang.

Namun menurut Dato Amzah, meskipun tanah perkuburan tersebut tidak dibenarkan oleh mahkamah untuk sebarang pengkebumian terbaru dan berpagar berdasarkan arahan mahkamah, namun usaha sedang dibuat bagi membolehkan waris dan ahli keluarga melawat tanah perkuburan tersebut.




Baca Seterusnya!
DEKATKAN MUZIUM DENGAN MASYARAKAT - DATO' AMZAH
SHAH ALAM 6 Mei 2007 – Pengerusi Lembaga Muzim Negeri Selangor Dato’ Amzah Hj Umar menyeru anggota masyarakat agar tidak melihat muzium sebagai semata-mata tempat pameran sejarah sebaliknya menjadikan muzium sebagai tempat untuk belajar dan mendidik generasi muda mengenali sejarah bangsa dan negara.

Sebahagian daripada pelajar sekolah yang mengambil bahagian dalam program pencarian harta karun anjuran Muzium Alam Shah baru-baru ini


Dato' Amzah melepas peserta mencari harta karun diperkarangan Muzium Alam Shah di Shah Alam

Menurut beliau atas sebab itu Muzium di Selangor akan digerakan bagi mendekati masyarakat terutama sekolah-sekolah di Selangor dalam usaha membawa muzium dan peranannya kepada generasi pelapis.

‘Kalau dulu muzium menanti pengunjung tetapi sekarang muzium akan mengunjungi masyarakat’ katanya ketika melepas peserta Pertandingan Mencari Harta Karun Muzim Alam Shah di sini.

Menurutnya lagi, pendekatan yang diambil oleh Muzium Alam Shah adalah langkah awal untuk mendekatkan muzium dengan masyarakat.




Baca Seterusnya!
TINJAU PEMBINAAN SURAU PUTRA HEIGHT
PUTERA HEIGHT SRI MUDA – Sebagai wakil rakyat Dato’ Amzah Hj Umar tidak terikat dengan jadual rasmi atau aturcara yang telah dirancang sebaliknya setiap permasalahan yang dapat dikesan akan segera di tangani dengan bijak.

Baru-baru ini beliau bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja mengadakan lawatan mengejut meninjau pembinaan Surau Baitulrahman di Seksyen 9 Putra Height yang dikatakan agak perlahan proses pembinaannya.

Dato' Amzah Hj Umar diberi penerangan oleh pihak pemaju berhubung dengan kelewatan pembinaan Surau di kawasan tersebut


Keadaan Surau Baitulrahman di Seksyen 9 Putra Height yang lewat disiapkan untuk kegunaan penduduk Islam di situ

Di tapak tersebut bersama dengan Ketua Pegawai Operasi Sime UEP, pemaju Putra Height Tuan Haji Johari, Dato Amzah telah melihat dengan lebih dekat dan mendapat penjelasan daripada pihak pemaju.

Hasilnya surau tersebut akan segera disiapkan untuk faedah penduduk di kawasan perumahan tersebut.


Baca Seterusnya!
KOTA RAJA BERCADANG LANCAR RAKAN COP PERINGKAT PARLIMEN
SHAH ALAM, Sabtu 14 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Dato’ Amzah Hj Umar akan berbincang dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Ismail Omar bagi kemungkinan melancarkan program Rakan Cop di peringkat Parlimen Kota Raja tidak lama lagi.

Dato' Amzah ketika majlis pelancaran Rakan Cop Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam baru-baru ini


Dato' Amzah turut melihat pameran di gerai yang disediakan

Pihak Polis melalui unit Anjing Pengesan melakukan demontrasi mengesan dadah sempena pelancaran Rakan Cop IPPD Shah Alam

Beliau berkata program RakanCop ternyata berjaya mengurangkan kadar jenayah dengan penglibatan orang ramai membantu pihak polis.

Dato Amzah yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan program Rakan Cop peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini semalam.




Baca Seterusnya!
DIDIK ANAK-ANAK MEMBACA - DATO' AMZAH
KOTA RAJA 7 April 2007 – Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Dato Amzah Hj Umar menyeru ibu bapa agar menerapkan budaya membaca dikalangan anak-anak sebagai sebahagian daripada cara hidup seharian.

Dato' Amzah ketika melihat pameran sempena Majlis Penutup Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa 2007



Katanya, meskipun dunia kini sedang berkembang dengan berbagai teknologi canggih IT, internet dan sebagainya, namun membaca dari buku ibarat berguru dengan pendita.

Menurutnya, bukan bermakna kita menolak perkembagnan teknologi IT atau dunia tanpa sempadan tetapi membaca buku masih merupakan tempat rujukan yang berguna.

“Namun membaca juga memerlukan kita memilih bahan bacaan yang betul dan berfaedah dan disinilah peranan ibu bapa untuk memantau bahan bacaan anak-anak kita” katanya ketika berucap di majlis penutup Hari Buku Kanak-Kanak Antarabangsa 2007.

Majlis anjuran bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia, PIBG Sekolah Kebangsaan Kg Jawa 2 dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Raja telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kg Jawa 2 disini

Baca Seterusnya!
PEMBANGUNAN KOTA RAJA TERUS DIBERI PERHATIAN
KOTA RAJA 2 April 2007 – Pembangunan insfstruktur di kawasan Parlimen Kota Raja terus mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja. Perkara ini ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Dato Amzah Hj Umar ketika majlis penyerahan surat perlantikan kontraktor untuk kerja-kerja infrastruktur bagi kawasan DUN Sri Muda baru-baru ini.

Dato' Amzah ketika menyerah surat perlantikan kepada salah seorang kontraktor yang terpilih di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja


Dato Amzah meminta kepada kontraktor yang terpilih agar melaksanakan kerja mengikut jadual dan dengan penuh tanggongjawab

Katanya, kerajaan Barisan Nasional sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan dan kemudahan rakyat dan ini jelas bilamana pembangunan sentiasa berjalan mengikut perancangan tanpa menunggu musim pilihanraya.

Disamping itu beliau menasihatkan kontraktor yang terpilih agar menjalankan kerja dengan sempurna mengikut jadual kerana sekiranya berlaku kegagalan diperingkat kontraktor sudah tentu rakyat akan menuding jari kepada kerajaan dan Barisan Nasional.



Baca Seterusnya!
KEPIMPINAN PERDANA UMNO SELANGOR
HULU KLANG – 31 Mac 2007 - Kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja turut hadir dalam Kursus Kepimpinan Perdana UMNO Selangor selama dua hari yang diadakan di Institut Budaya Baru Melayu (IBBM) Kemensah Hulu Klang.

Dato' Amzah Hj Umar (dua dari kanan) antara sebahagian daripada pemimpin UMNO Selangor yang hadir


Dato' Amzah menjadi salah seorang yang dijemput berucap pada majlis tersebut

Kursus yang telah di rasmikan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi anjuran Biro Latihan Badan Perhubungan UMNO Selangor membabitkan penyertaan daripada pemimpin-pemimpin utama UMNO setiap Bahagian di Selangor termasuk dari Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhamad Muhd Taib.



Baca Seterusnya!
PERSIAPAN PILIHANRAYA KOTA RAJA BERJALAN LANCAR

KOTA RAJA – Barisan Nasional BN) Kota Raja berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum pada bila-bila masa, kata Pengerusi BN Kota Raja Dato’ Amzah Hj Umar.


Menurut beliau, persiapan BN Kota Raja berjalan lancar dan mengikut jadual yang dirancang, termasuk dari sayap Pemuda, Wanita, Puteri serta parti-parti komponen yang lain.

Katanya, di bahagian Kota Raja hampir kesemua pusat daerah mengundi telah di gerakan dengan penubuhan jawatankuasa jentera pilihanraya dan pemilihan tempat sebagai pusat operasi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pusat Daerah Mengundi Kampung Sungai Kandis dalam DUN Sri Andalas di lot 1556, Jalan Kg Kandis Seksyen 36 Shah Alam.


Baca Seterusnya!


Biodata
Program Mesra Rakyat DUN SRI MUDA akan di adakan pada 10 Jun 2006 (Ahad) dari Jam 9.00 pagi - 6.00 petang, bertempat di Padang Masjid An - Naim Jalan Kebun. Berbagai acara sukan dan gerai jualan disediakan. Majlis akan dirasmikan oleh Datuk Bandar Bandaraya Shah Alam. Orang ramai adalah dijemput hadir.
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

10 Jun 07 (AHAD)
PROGRAM MESRA RAKYAT DUN SRI MUDA

Tarikh
10hb. Jun 2007 (Ahad)

Masa
8.00 pagi – 6.00 petang

Tempat
Padang Masjid An – Naim, Jalan Kebun

Perasmian
YBhg. Tuan Haji Mazalan Bin Md Noor, Datuk Bandar Shah Alam

Penutup
YB. Dato’ Amzah Hj Umar, ADUN Sri Muda / Ketua UMNO Bahagian Kota Raja

Antara Acara Menarik

Perasmian Klinik CyberMedik

Pertandingan Tarik Tali

Kejohanan Mountain Bike

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Gerai-gerai Pameran

ATURCARA
8.30 pagi – Ketibaan para jemputan dan orang ramai

9.00 pagi – Ketibaan tetamu kehormat

Ketibaan YB. Dato’ Amzah Hj Umar (ADUN Sri Muda)

Ketibaan YBhg. Tuan Hj Mazalan Md Noor (Datuk Bandar Shah Alam)

Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan Doa

Ucapan Aluan YB. Dato’ Amzah Hj Umar

Ucapan Perasmian YBhg Datuk Bandar

Potong Riben Perasmian Klinik CyberMedik

Pelepasan Pertandingan Tarik Tali

Pelepasan Kejohanan Mountain Bike

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Lawatan ke gerai-gerai pameran

Jamuan

Penutup
5.00 petang – Ketibaan YB Dato’ Amzah Hj Umar (ADUN Sri Muda)

Ucapan Aluan Pengerui Program

Ucapan Perasmian Penutup (YB Dato’ Amzah Hj Umar)

Penyampaian Hadiah

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR

  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER