SRI ANDALAS 12 Mei 2007 – Setiap penghuni di kawasan perumahan diminta memberi kerjasama dengan menganggotai persatuan penduduk serta terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh persatuan di kawasan perumahan masing-masing.
Dato' Amzah ketika berucap merasmikan majlis gotong royong penghuni Kondominium Golden Villa Sebahagian daripada penduduk kondominium yang hadir Kerjasama penduduk sebegini akan membantu persatuan penduduk untuk sama-sama menjaga kebersihan dan keharmonian kawasan kediaman Dato’ Amzah Hj Umar ADUN Sri Muda, tanpa penglibatan penghuni sudah tentu persatuan penduduk tidak dapat berfungsi dengan baik dan keadaan ini selalu wujud bilamana ada masalah berkaitan dengan kawasan perumahan terbabit.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program gotong royong kondominium Golden Villa di sini.
Menurutnya Persatuan Penduduk adalah wakil penduduk bagi satu-satu kawasan perumahan dan peranan ini memang diakui oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutama dalam mewakili penduduk untuk berurusan dengan PBT.
‘Oleh itu saya berharap setiap penghuni di Kondominium Golden Villa ini samada penghuni tetap atau penyewa menganggotai persatuan penduduk dan turut terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan’ tegasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja
|