Dato' Amzah bersama petugas UMNO Bahagian Kota Raja di hari pembuangan undi Bersama YB. Dato' Abdul Rahman Palil, Ketua UMNO Bahagian Kapar (dua dari kanan) berganding bahu menyelaras kawasan Peti Undi Kampung Ijok
Sebagai rakan komponen Barisan Nasional, MCA juga turut terlibat bagi memastikan kemenangan calon BN dalam pilihanraya kecil Ijok
Meskipun sibuk dengan tanggongjawab yang diserah oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor kepada UMNO Kota Raja untuk menyelaras Peti Undi Kampung Ijok, Dato' Amzah juga menjadi tempat rujukan Kongress India Muslim (KIMMA) yang turut terlibat membantu kemenangan calon BN di Ijok. (Keterangan Gambar) Dato' Amzah mengadakan perbincangan dengan anggota KIMMA di Ijok Berbagai program diatur di kawasan peti undi Kampung Ijok dalam usaha berterusan untuk memastikan kemenangan calon BN. Gambar diatas; kehadiran isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjadi penyuntik kepada kepada kesungguhan BN untuk memastikan kerusi Ijok terus kekal di tangan Barisan Nasional Sepanjang berkampong di Ijok Dato' Amzah bersama jentera dari UMNO Kota Raja sentiasa mendekati rakyat bagi menerangkan dasar dan kenapa BN perlu terus kekal di Ijok Mendekati rakyat di Ijok untuk memastikan mereka jelas dan faham tentang dasar kerajaan dan Barisan Nasional tidak hanya terhad di majlis rasmi yang dianjurkan, mengunjungi rumah ke rumah pengundi tanpa mengira masa juga menjadi amalan berterusan Barisan Nasional. Gambar diatas; Dato' Amzah bersantai sambil menjelaskan dasar dan perjuangan BN kepada penghuni salah sebuah rumah di Ijok
Bermesyuarat, berbincang dan bekerjasama dengan kepimpinan UMNO setempat menjadi amalan UMNO Kota Raja dalam usaha menjalin kerjasama satu pasukan untuk kemenangan Barisan Nasional. Gambar diatas; Dato' Amzah mengadakan perbincangan bersama dengan jawatankuasa UMNO Cawangan Kampong Ijok
Ini cara Dato' Amzah bekerja. Bagi memastikan maklumat yang diterima adalah tepat dan berwibawa, beliau sentiasa berhubung dengan semua pihak. Gambar yang sempat dirakam ketika Dato' Amzah menerima maklumat dari 'seseorang' di Ijok Ketika di temubual oleh pemberita dari RTM Bersama YAB Dato' Seri Menteri Besar Selangor sepanjang berkampung di Ijok Berbincang dan berbual dengan rakan disamping mengatur stategi merupakan sebahagian gambar yang sempat dirakamkan semasa di IjokPEKAN IJOK 28 April 2007 - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok dengan majoriti 1,850 undi apabila calonnya, K. Parthiban menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada pilihan raya kecil itu hari ini.
Parthiban, 39, bekas guru dan Setiausaha MIC Tanjung Karang, Selangor memperoleh 5,884 undi, manakala Abdul Khalid, 61, tokoh korporat dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperoleh 4,034 undi.
BN juga berjaya meningkatkan majoriti undi pada kali ini berbanding majoriti 1,649 undi pada pilihan raya umum 2004.
Sebanyak 10,052 orang atau kira-kira 81.88 peratus daripada 12,272 pemilih telah mengundi mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang ini di sembilan pusat pengundian yang menyediakan 28 saluran pengundian.
Pilihan raya kecil Ijok juga menyaksikan UMNO Bahagian Kota Raja bersama 200 angota berkampong selama dua minggu di Kampong Ijok sebagai penyelaras di kawasan tersebut.
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Dato' Amzah Hj Umar berkata, meskipun peti undi Kampong Ijok BN kalah tetapi kita dapat mengurangkan majoriti pembangkang di kawasan tersebut.
|
JAVA303 Casino Resort Spa - TripAdvisor
We had the best experience with our 안산 출장마사지 hotel. The rooms are top-notch, and the pool area 속초 출장샵 is clean and modern. The casino offers Rating: 3.5 · 3,547 reviews · Price range: $$ 문경 출장마사지 (Based on Average Nightly Rates 김천 출장샵 for a Standard 서울특별 출장마사지 Room from our Partners)