KOTA KEMUNING 13 Mei 2007 – Akibat daripada bantahan sebahagian penghuni kawasan perumahan berdekatan yang menghalang tanah perkuburan Islam Kota Kemuning di Seksyen 31 Shah Alam dari terus dijadikan tanah perkuburan, sebahagian daripada waris di mati terpaksa mengadakan majlis tahlil di ditepi jalan di luar kawasan perkuburan.
Masalah bantahan yang sudah berlarutan hampir lima (5) tahun dan kini kes tersebut dalam tindakan mahkamah, menyebabkan kawasan tanah perkuburan tersebut dipagar dan tidak dibenarkan sesiapa memasukinya termasuk waris kepada simati.
Dato’ Amzah Hj Umar Ketua UMNO Bahagian Kota Raja yang ditemui selepas majlis tahlil tersebut menjelaskan berbagai usaha sedang dijalankan dalam mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.
Malah katanya lawatan Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mazalan Md Noor beberapa hari sebelum ini juga sebagai sebahagian daripada usaha MBSA untuk mencari pendekatan terbaik. div>
|