KOTA RAJA – Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Dato’ Amzah Hj Umar meminta pemimpin-pemimpin peringkat cawangan agar memastikan setiap ahli cawangan yang mencapai usia 21 tahun berdaftar sebagai pengundi.
Dato' Amzah Hj Umar Ketua UMNO Bahagian Kota Raja ketika berucap di majlis tersebut
Sebahagian daripada ahli UMNO dari 76 cawangan dalam Bahagian Kota Raja yang hadir dalam majlis tersebutDato Amzah berkata apa yang pernah diingatkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan YAB Dato Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tentang terdapatnya 108, 246 ahli UMNO di Selangor yang belum berdaftar sebagai pengundi.
‘Dari jumlah besar tersebut sudah tentu sebahagian jumlahnya terdapat dalam bahagian Kota Raja.
‘Oleh itu saya mahu semua pimpinan cawangan termasuk Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri memberi tumpuan kepada kempen ini memandangkan kita sudah mempunyai pengundi tetap Barisan Nasional berdasarkan mereka ahli UMNO” katanya ketika berucap di Majlis Taklimat dan Perasmian serentak Persidangan Cawangan 2007 dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Parlimen Kota Raja.
|