SHAH ALAM – Lembaga Muzium Selangor telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri bagi mengeratkan lagi hubungan siratulrahim sesama kakitangan disamping meraikan anak-anak yatim sempena Syawal yang mulia ini.
Pengerusi Lembaga Muzium Selangor, Dato’ Amzah Hj Umar dan isteri hadir meraikan tetamu yang terdiri dari kakitangan Muzium Selangor dengan Muzium Alam Shah, Shah Alam menjadi tuan rumahnya.
Menurut Dato Amzah, majlis sebegini sudah menjadi tradisi bagi Lembaga Muzium Selangor dalam usaha mengeratkan perpaduan dan semangat kerja satu pasukan seluruh kakitangan muzium Selangor.
Katanya, Lembaga Muzium Selangor meliputi Muzium Alam Shah, Shah Alam, Muzium Timah di Klang, Muzium Sabak Bernam dan Muzium Daerah Kuala Selangor.
“Oleh sebab itu majlis sebegini dapat menemukan kesemua kakitangan Lembaga Muzium dan saya berbangga setakat ini kerjasama dan hubungan yang erat membolehkan kita bekerja sebagai satu pasukan.” katanya yang juga ADUN Seri Muda.
|