SUMBANGAN : Sebahagian daripada sumbangan yang disediakan untuk diagih kepada Asnaf miskin, anak yatim dan orang kurang upaya
MENERUSKAN TRADISI : Program sebegini memberi seribu erti kepada mereka yang kurang bernasib baikTANGAN : "Tangan yang di atas lebih baik dari yang di bawah" TERBELA : Nasib golongan ini terbela dan di bela dalam UMNO"Orang yang mengasihi akan dikasihi oleh Allah Arrahman. Kasihanilah orang yang di bumi nescaya kamu dikasihani oleh yang di langit" - Asysya'bi dari Umar r.a "Bertawakallah kamu kepada Allah, lakukanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakatmu dengan senang hati, taatilah orang yang memegang urusanmu, engkau akan masuk syurga Tuhanmu" - Sabda Rasulullah s.a.wANAK YATIM : Sebahagian daripada anak-anak yatim menerima sumbangan daripada Datuk Amzah KOTA RAJA, 14 Oktober 2006 – UMNO Bahagian Kota Raja meneruskan tradisi sumbangan kepada golongan kurang upaya, anak-anak yatim, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) sempena Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini.
Majlis yang disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, YB Dato’ Amzah Hj Umar berlangsung di Dewan MBSA Jalan Kebun, dihadiri oleh lebih 700 penerima dari Parlimen Kota Raja.
Menurut Dato Amzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sri Muda, majlis seumpama ini sudah menjadi tradisi dalam Parlimen Kota Raja sempena Ramadhan dan Aidilfitri. Program yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan UMNO Bahagian Kota Raja bertujuan untuk meringankan beban golongan ini bagi menyambut Aidfilfitri tahun ini.
|