MANTAP : Dari kiri, Dato' Abu Sujak (Pengerusi Tetap), Dato' Amzah dan Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman KESETIAAN : Ahli yang setia kepada parti merupakan aset kepada Kota Raja TANDA KENANGAN : Dato' Amzah menyampaikan cenderahati kepada Dato' Seri Musa Aman
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, YB Dato’ Amzah Hj Umar menyerahkan tugas untuk melobi bagi membolehkan sebuah sekolah berasrama penuh aliran sains dibina di kawasan Parlimen Kota Raja kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja.
Beliau yang juga ADUN Sri Muda berkata demikian ketika berucap di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja menyerahkan tugas tersebut kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja memandangkan hubungan sedia ada antara Pemuda dengan Menteri Pelajaran yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Katanya, beliau telah berurusan diperingkat awal dengan Kementerian Pelajaran melalui YB Dato’ Seri Hishamuddin Hussein ketika Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu hadir ke Kota Raja merasmikan Persidangan Tahunan Kali ke 2, 2005 UMNO Bahagian Kota Raja.
Menurut Dato Amzah, Parlimen Kota Raja memerlukan sebuah sekolah berasrama penuh terutama aliran sains bagi menampung keperluan pendidikan di daerah ini. Apatah lagi Parlimen Kota Raja setakat ini tidak mempunyai sebuahpun sekolah berasrama penuh.
“Saya meminta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja Saudara Abd Rauf Mokhtar agar berusaha dan berunding dengan Kementerian Pendidikan bagi merealisasikan cadangan dan resolusi UMNO Bahagian Kota Raja.
“Saya percaya Saudara Abd Rauf dan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja mampu menggalas tugas ini demi faedah dan kepentingan Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Muda” tegasnya lagi
|