BUKTI : Tanda yang terlekat di dada Dato' Amzah menjadi bukti UMNO Kota Raja menyokong kepimpinan Pak Lah
LIHATLAH : Kain rentang yang menzahirkan kesetiaan UMNO Kota Raja NYATA : Kata Dato' Amzah, UMNO Kota Raja bukan sekadar melafaz sokong tetapi membuktikan melalui pemakaian tanda nama ini.UMNO Bahagian Kota Raja yang mengadakan Persidangan Perwakilan pada 19 Ogos 2006 baru-baru ini membuat kejutan bilamana kesemua perwakilannya memakai tanda nama yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Ketua UMNO Bahagian Dato' Amzah Umar ketika ditemui menjelaskan bahawa, UMNO Kota Raja mengambil pendekatan bahawa menyatakan sokongan tidak hanya dibibir melalui laungan dan lafaz kata, tetapi Kota Raja membuktikan melalui zahir dengan pemakaian tanda nama ini. Katanya, pemakaian tanda nama ini bukan dihari persidangan ini sahaja malah beliau meminta seluruh ahli UMNO Bahagian Kota Raja memakainya sehingga tamat musim persidangan ini. "Seluruh ahli UMNO Kota Raja akan memakainya sehingga Perhimpunan Agung UMNO bagi membuktikan tanda sokongan kita kepada kepimpinan Pak Lah" jelasnya
|