SHAH ALAM: Dalam memastikan masyarakat di dalam kawasan DUN Sri Muda terus mendapat pendidikan, Datuk Haji Amzah Umar telah membuat permohonan bagi menambahkan sekolah asrama penuh aliran sains.
Menurut beliau, pembinaan sekolah berasrama penuh aliran sains itu perlu bagi menampung para pelajar dari daerah Klang, Kuala Langat dan juga Petaling yang mana setakat ini belum ada sebuah pun sekolah berasrama penuh aliran sains.
Katanya, pembinaan sekolah berasrama penuh aliran sains in penting dalam usaha kita memenuhi keperluang pelajar dan merealisasikan hasrat untuk menjadikan kawasan tiga daerah ini sebagai pusat pendidikan.
Selain daripada itu, tambah beliau, langkah pengambilan sekolah angkat juga turut dilaksanakan dalam usaha memberi pendidikan yang cemerlang kepada para pelajar terutamanya di peringkat rendah dan menengah.
"Dalam usaha ini, kita telah tubuhkan Biro Pendidikan. Melalui biro ini, kita telah mengambil dua sekolah kebangsaan, satu di DUN Sri Muda dan satu lagi di DUN Sri Andalas sebagai anak angkat.
"Ini bertujuan membolehkan penyaluran bantuan bagi menambahbaikan dapat dibuat seperti tuisyen, bengkel bahasa Inggeris, bengkel panduan menjawab soalan peperiksaan UPSR dan lain-lain," jelasnya.
|