"SAYA BERJUANG UNTUK MASYARAKAT SRI MUDA"
SHAH ALAM: Selepas berjaya memenangi pilihanraya umum 2004 kerusi Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Datuk Haji Amzah Umar tidak ketinggalan bertekad untuk terus berjuang menjayakan agenda Melayu ke arah memantapkan prasarana, ekonomi dan pendidikan ke tahap yang terbaik.
Ini selaras dengan gesaan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang mahukan setiap orang Melayu menjadi "towering personality" iaitu personaliti yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, tinggi pengajiannya, tinggi kejayaannya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Bagi mencapai matlamat tersebut, Amzah telah menekankan beberapa perkara sebagai garis panduan antaranya pembangunan seimbang di antara kawasan di dalam Parlimen DUN sri Muda dan meningkatkan kefahaman serta penghayatan agama Islam dan memperkembangkan gagasan Islam Hadhari dan konsep "towering personality".
Selain itu, katanya, beliau juga akan mengadakan pelbagai majlis ilmu dan penggunaan teknologi dalam usaha mempertingkatkan pengetahuan di kalangan masyarakat DUN Sri Muda.
"Ilmu dan pengetahuan teknologi ini penting dalam usaha merealisasikan rancangan masa depan. Tanpa ilmu pengetahuan dan penguasaan teknologi ini tidak mungkin kita mampu mencapai cita-cita, apatah lagi mahu menyahut cabaran negara ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.
"Justeru itu, saya akan menggunakan segala kapasiti yang ada termasuk berkorban masa dan tenaga demi mencapai matlamat tersebut," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Wakil Rakyat di Kota Kemuning, baru-baru ini.
Menurut Amzah, banyak lagi garis panduan yang lain seperti bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mempertingkatkan prasarana dan penjagaan alam sekitar, mempertingkatkan usaha dan tindakan bagi membanteras gejala sosial, meningkatkan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana untuk golongan berpendapatan rendah, meningkatkan pembinaan dan pertumbuhan industri-industri kecil dan sederhana, serta memodenkan sektor pertanian bagi meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan.
Amzah yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja berkata, semua perancangan di atas merupakan satu panduan dan pegangan ke arah membina persekitaran kehidupan orang Melayu dan mempertingkatkan keupayaan bangsa yang kompetitif di kawasan DUN Sri Muda dan Kota Raja.
"Jika orang Melayu memahami, menghayati dan melaksanakan perancangan ini, sudah pasti ianya akan dapat melihat peningkatan keupayaan kehidupan orang Melayu, hatta mampu bersaing dan menghadapi cabaran global. Malah pada masa yang sama dapat mengekalkan jati diri Islam yang progresif.
"Oleh itu, untuk melaksanakan perancangan tersebut, saya telah memutuskan untuk menyediakan Pelan Tindakan dan perancangan pembangunan lima tahun bagi tahun 2006," jelas beliau.

Menurut Amzah, pelan tindakan tersebut akan menggariskan tindakan dan perancangan program dan aktiviti dalam usaha mempertingkatkan kecekapan serta keberkesanan jentera parti di semua peringkat.
"Dengan adanya pelan tindakan ini, matlamat perjuangan akan disemarakkan oleh setiap peringkat masyarakat dan diwarisi pula oleh generasi akan datang.
"Perancangan ini akan sentiasa dihalusi, dikaji dan dipantau perlaksanaannya dari masa ke semasa supaya sentiasa dinamik dan pratikal serta mendapat sokongan dan dokongan di semua peringkat kepimpinan dan masyarakat," jelasnya lagi.
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Kembali
 


Biodata
Program Mesra Rakyat DUN SRI MUDA akan di adakan pada 10 Jun 2006 (Ahad) dari Jam 9.00 pagi - 6.00 petang, bertempat di Padang Masjid An - Naim Jalan Kebun. Berbagai acara sukan dan gerai jualan disediakan. Majlis akan dirasmikan oleh Datuk Bandar Bandaraya Shah Alam. Orang ramai adalah dijemput hadir.
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

10 Jun 07 (AHAD)
PROGRAM MESRA RAKYAT DUN SRI MUDA

Tarikh
10hb. Jun 2007 (Ahad)

Masa
8.00 pagi – 6.00 petang

Tempat
Padang Masjid An – Naim, Jalan Kebun

Perasmian
YBhg. Tuan Haji Mazalan Bin Md Noor, Datuk Bandar Shah Alam

Penutup
YB. Dato’ Amzah Hj Umar, ADUN Sri Muda / Ketua UMNO Bahagian Kota Raja

Antara Acara Menarik

Perasmian Klinik CyberMedik

Pertandingan Tarik Tali

Kejohanan Mountain Bike

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Gerai-gerai Pameran

ATURCARA
8.30 pagi – Ketibaan para jemputan dan orang ramai

9.00 pagi – Ketibaan tetamu kehormat

Ketibaan YB. Dato’ Amzah Hj Umar (ADUN Sri Muda)

Ketibaan YBhg. Tuan Hj Mazalan Md Noor (Datuk Bandar Shah Alam)

Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan Doa

Ucapan Aluan YB. Dato’ Amzah Hj Umar

Ucapan Perasmian YBhg Datuk Bandar

Potong Riben Perasmian Klinik CyberMedik

Pelepasan Pertandingan Tarik Tali

Pelepasan Kejohanan Mountain Bike

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Lawatan ke gerai-gerai pameran

Jamuan

Penutup
5.00 petang – Ketibaan YB Dato’ Amzah Hj Umar (ADUN Sri Muda)

Ucapan Aluan Pengerui Program

Ucapan Perasmian Penutup (YB Dato’ Amzah Hj Umar)

Penyampaian Hadiah

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR

  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER