MUZIUM NAFI PAMERAN HANTU SATU PENIPUAN

SHAH ALAM , Khamis 10 Ogos 2006 – Muzium Alam Shah hari ini menafikan bahawa Pameran Hantu, Jin, Keranda dan…yang sedang berlangsung adalah satu penipunan sebagaimana didakwa oleh Kumpulan Seekers.

Pengerusi Lembaga Muzium Selangor, Datuk Amzah Umar berkata, perbuatan kumpulan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan bertujuan untuk memalukan pihak muzium serta mengelirukan orang ramai.

“Sebelum kita buat pameran kita memang ada jemput Seekers jadi ahli jawatankuasa dan mereka juga akui bahawa apa yang dipamerkan itu adalah betul.

“Tetapi kita kecewa apabila mereka dakwa dalam akhbar kita buat pameran tipu malah mahu bertindak menyaman kita,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di sini hari ini.

Datuk Amzah berkata, Kumpulan Seekers mula menarik diri daripada ahli jawatankuasa pameran selepas pihak muzium menolak permintaan mereka untuk turut sama membuat pameran.

Katanya, ekoran penolakan permintaan itu, mereka mula membuat tindakan yang tidak masuk akal malah meminta bayaran sebanyak RM8,000 untuk peralatan dan gantirugi sebanyak RM 1 juta.

Menurutnya lagi, pihak muzium enggan membuat sebarang bayaran kepada Seekers kerana selama ini memang tidak terdapat sebarang perjanjian antara mereka.

“Kalau nak saman silakan, kita nak tahu juga apa yang hendak disaman oleh mereka, setahu saya kita tidak ada apa-apa perjanjian dengan mereka.

“Tetapi apa yang kita harap ialah orang ramai tidak percaya dengan dakwaan mereka bahawa pameran ini adalah satu penipuan. Kami juga tidak mahu memesongkan akidah umat Islam dengan adanya pameran ini.” Katanya (Dipetik dari Agenda Selangor)



'RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT' AKAN BUAT KAJIAN HANTU

Kumpulan pengkaji dari rancangan realiti yang menyelongkar benda pelik Ripley's Believe It Or Not akan mengkaji bahan Pameran Misteri Jin, Hantu, Keranda dan... yang sedang berlansung di Muzium Sultan Alam Shah di sini dalam masa terdekat, kata Pengerusi Lembaga Muzium Selangor, Datuk Amzah Umar.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima surat( malah wakil dari kumpulan tersebut turut hadir dalam sidang media yang diadakan ) daripada krew rancangan terbabit dan perbincangan peringkat akhir sedang dijalankan.

Katanya, kumpulan pengkaji dari Orlando, Amerika Syarikat itu akan menjalankan kajian terhadap bahan pameran di muzium itu dalam semua aspek termasuk analisis DNA.

"Kita memang menyambut baik keinginan mereka untuk menjalankan kajian terhadap bahan yang kita pamerkan dan mereka juga memiliki kelayakan dan alatan yang diiktiraf" katanya dalam sidang media mengenai perkembangan pameran itu yang di pertikaikan baru-baru ini.

SOAL 'MENGHIDUPKAN' JIN YANG DIPAMERKAN, MUZIUM TIDAK TERLIBAT

Pihak Muzim Sultan Alam Shah tidak terlibat dengan sebarang usaha pemilik barang-barang Pameran Misteri, Jin, Hantu, Keranda dan...Safuan Abu Bakar yang bercadang untuk 'menghidupkan' sebahagian daripada objek yang dipamerkan.

Pemilik barang-barang pameran tersebut Safuan Abu Bakar sebelum ini ada membuat kenyataan untuk 'menghidupkan' sebahagian dari objek yang dipamerkan dalam usaha beliau untuk membuktikan bahawa pameran tersebut tidak menggunakan replika sebagaimana di dakwa oleh Pasukan Paranormal Malaysia (Seekers).

Menurut Pengurusi Lembaga Muzium Selangor, Datuk Amzah Umar, soal usha pemilik barangan tersebut Safuan Abu Bakar untuk 'menghidupkan' sebahagian barangan pameran tersebut adalah usaha beliau sendiri.

"Pihak Muzium tidak terlibat dan jika usaha itu hendak dilakukan ianya tidak akan dilakukan di Muzium Alam Shah, tempat pameran tersebut sedang berlangsong" jelasnya

Namun,katanya, pihak muzium tidak menghalang jika usha tersebut boleh membuktikan apa yang didakwa oleh Seeker

"Terpulang kepada Ustad Sufian dan apa yang penting, muzium Alam Shah hanyalah sebagai 'tuan rumah' kepada pameran tersebut" katanya

0 Comments:
Catat Ulasan
<< Kembali
 


Biodata
Program Mesra Rakyat DUN SRI MUDA akan di adakan pada 10 Jun 2006 (Ahad) dari Jam 9.00 pagi - 6.00 petang, bertempat di Padang Masjid An - Naim Jalan Kebun. Berbagai acara sukan dan gerai jualan disediakan. Majlis akan dirasmikan oleh Datuk Bandar Bandaraya Shah Alam. Orang ramai adalah dijemput hadir.
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

10 Jun 07 (AHAD)
PROGRAM MESRA RAKYAT DUN SRI MUDA

Tarikh
10hb. Jun 2007 (Ahad)

Masa
8.00 pagi – 6.00 petang

Tempat
Padang Masjid An – Naim, Jalan Kebun

Perasmian
YBhg. Tuan Haji Mazalan Bin Md Noor, Datuk Bandar Shah Alam

Penutup
YB. Dato’ Amzah Hj Umar, ADUN Sri Muda / Ketua UMNO Bahagian Kota Raja

Antara Acara Menarik

Perasmian Klinik CyberMedik

Pertandingan Tarik Tali

Kejohanan Mountain Bike

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Gerai-gerai Pameran

ATURCARA
8.30 pagi – Ketibaan para jemputan dan orang ramai

9.00 pagi – Ketibaan tetamu kehormat

Ketibaan YB. Dato’ Amzah Hj Umar (ADUN Sri Muda)

Ketibaan YBhg. Tuan Hj Mazalan Md Noor (Datuk Bandar Shah Alam)

Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan Doa

Ucapan Aluan YB. Dato’ Amzah Hj Umar

Ucapan Perasmian YBhg Datuk Bandar

Potong Riben Perasmian Klinik CyberMedik

Pelepasan Pertandingan Tarik Tali

Pelepasan Kejohanan Mountain Bike

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Lawatan ke gerai-gerai pameran

Jamuan

Penutup
5.00 petang – Ketibaan YB Dato’ Amzah Hj Umar (ADUN Sri Muda)

Ucapan Aluan Pengerui Program

Ucapan Perasmian Penutup (YB Dato’ Amzah Hj Umar)

Penyampaian Hadiah

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR

  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER