Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mazalan Md Noor melepaskan belon sebagai tanda merasmikan Sukan Mesra Rakyat DUN Sri Muda. Disebelah beliau Dato' Amzah Hj Umar, ADUN Sri Muda
Sebahagian daripada tetamu berbagai kaum turut hadir di Sukan Mesra Rakyat anjuran Sekretariat DUN Sri Muda baru-baru ini
KOTA RAJA – Sukan Mesra Rakyat yang dianjurkan oleh Sekretariat Dewan Undangan Sri Muda ternyata berjaya merapatkan hubungan antara kaum dan mengeratkan lagi siratulrahim dikalangan ahli parti.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Dato’ Amzah Hj Umar ternyata gembira kerana Sukan Mesra Rakyat tersebut nyata telah menampakan hasil dalam usaha Barisan Nasional menjadi perantara kepada perpaduan di negara ini.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasionan Parlimen Kota Raja menjelaskan bahawa dari segi penyertaan sukan mesra rakyat ini terdiri daripada berbagai kaum, peringkat umur serta tidak terbatas kepada ahli UMNO sahaja.
“Faktor ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa melalui program sebegini kita telah berjaya mengeratkan perpaduan kaum di negara ini.
“Sukan jelas untuk semua dan sukan mesra rakyat yang dianjurkan ini disesuaikan dengan persekitaran masyarakat setempat dengan pelbagai acara bagi membolehkan mereka berinteraksi sesama sendiri.
“Sukan mesra rakyat bukan mencari siapa pemenang sebaliknya mengumpul penyertaan seramai mungkin” tegasnya ketika ditemui di tapak Sukan Mesra Rakyat DUN Sri Muda di perkarang padang sekolah Jalan Kebun.
Di majlis tersebut berbagai acara sukaneka, gerai pameran serta pertandingan sukan rakyat diadakan. Sukan yang berjaya menarik penyertaan lebih 3,000 penduduk sekitar Jalan Kebun dianggap berjaya dan memberi kesan baik kepada semua pihak.
|
Coin Casino | Play at the Best Online Casinos - CasinoNow
This 바카라 is one of 인카지노 the best casino games online. It is 제왕카지노 an online casino that can be played at a brick and mortar casino with over 500 slots and